- 00Hari
- 00Jam
- 00Minit
- 00Saat




Sistem ePenjaja
Sistem ini disediakan untuk memudahkan peniaga dan usahawan kecil membuat permohonan lesen dan permit penjaja di kawasan Shah Alam. Permohonan akan diuruskan secara online sepenunhnya dari peringkat permohonan, kelulusan, bayaran dan cetakan permit.
Jenis Lesen
Jenis lesen dan permit yang perlu permohonan

Pasar Malam
Pasar malam merupakan konsep pasar yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula pada waktu petang sehingga waktu malam sahaja

Pasar Pagi
Pasar pagi merupakan konsep pasar yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula dari awal pagi hingga tengahari sahaja

Penjaja Sementara
Aktiviti jualan seperti makanan dan minuman sahaja di mana-mana tempat yang telah dikhaskan / diluluskan mengikut sesi perniagaan

Permit Promosi
Aktiviti pemasaran yang dibuat bagi tujuan hebahan / info mengenai sesuatu produk kepada orang awam

Kendera Saji
Kenderaan bermotor yang berkelengkapan untuk menyediakan, memasak dan / atau menjual makanan / minuman kepada orang awam

Bazarena
Merupakan konsep pasar pagi yang terdapat di perkarangan Stadium Shah Alam sahaja yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula dari awal pagi hingga ke tengah hari

Bazar Ramadan
Merujuk kepada aktiviti perniagaan di sesuatu lokasi strategik pada bulan Ramadhan sahaja.

Gerai Majlis
Gerai berskala kecil yang telah dikhaskan untuk aktiviti jual beli makanan dan minuman yang bermula dari awal pagi hingga tengah malam

Pasar Majlis
Premis berskala besar yang telah dikhaskan untuk aktiviti jual beli pelbagai barangan mentah / barangan kering/ makanan / minuman yang bermula dari awal pagi hingga tengahari sahaja

Kiosk Majlis
Merupakan sesuatu gerai berskala lebih kecil, bersifat sementara dan dikhaskan di sesuatu lokasi yang sesuai sahaja

Gerai Swasta
Gerai berskala kecil yang diuruskan oleh pihak persendirian untuk aktiviti jual beli makanan dan minuman yang bermula dari awal pagi hingga tengah malam

Pasar Swasta
Premis berskala besar yang diuruskan oleh pihak persendirian untuk aktiviti jual beli pelbagai barangan mentah / barangan kering/ makanan / minuman yang bermula dari awal pagi hingga tengahari sahaja
Pasar Ramadan Majlis 2023

Pasar Pagi Majlis
Bil. | Kawasan | Lokasi Tapak | Hari Operasi |
---|---|---|---|
1 | Seksyen 13 | Tempat Letak Kereta Stadium Shah Alam | Ahad |
2 | Seksyen 25 | Jalan 25/63, Pasar Pagi Taway | Ahad |
3 | Seksyen 31 | Pasar Pagi Kota Kemuning | Setiap Hari |
4 | Seksyen U20 | Jalan BRP 6 | Setiap Hari |
Pasar Pagi MPKK
Bil. | Kawasan | Lokasi Tapak | Hari Operasi |
---|---|---|---|
1 | Seksyen U17 | Kubu Gajah | Isnin/ Jumaat |
2 | Seksyen U19 | TPM Paya Jaras Tengah | Ahad |
Pasar Malam Majlis
Bil. | Kawasan | Lokasi Tapak | Hari Operasi |
---|---|---|---|
1 | Seksyen 6 | Tempat Letak Kereta Pasar Moden | Selasa & Jumaat |
2 | Seksyen 7 | Jalan Plumbum 7/98 (Belakang Gerai Majlis) | Rabu |
3 | Seksyen 16 | Jalan 16/3 | Isnin |
4 | Seksyen 17 | Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9 | Selasa |
5 | Seksyen 17 | Jalan Padang, Kg. Padang Jawa | Jumaat |
6 | Seksyen 18 | Jalan 18/A dan 18/2 | Isnin |
7 | Seksyen 19 | Jalan 19/D dan 19/E | Sabtu |
8 | Seksyen 20 | Jalan Singa C 20/C | Sabtu |
9 | Seksyen 24 | Jalan 24/B dan 24/15 | Rabu |
10 | Seksyen 25 | Jalan 25/38 | Jumaat |
11 | Seksyen 27 | Jalan 27/6 | Khamis |
12 | Seksyen 28 | Jalan 28/35 | Isnin |
13 | Seksyen 30 | Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kebun | Selasa |
14 | Seksyen 30 | Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun | Jumaat |
15 | Seksyen 31 | Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning) | Selasa |
16 | Seksyen 32 | Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga | Jumaat |
17 | Seksyen 34 | Jalan Stering 34/6 | Isnin |
18 | Seksyen 36 | Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis | Rabu |
19 | Seksyen 36 | Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania | Sabtu |
20 | Seksyen U2 | Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya) | Jumaat |
21 | Seksyen U5 | Jalan Bulan BV U5/ BV (Subang 2) | Sabtu |
22 | Seksyen U5 | Kg. Melayu Subang Tambahan | Khamis |
23 | Seksyen U5 | Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang) | Rabu |
24 | Seksyen U6 | Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang | Isnin |
25 | Seksyen U6 | Dataran Pasar Tani, Kg Melayu Subang | Sabtu |
26 | Seksyen U13 | Jalan A U13/A, Setia Alam | Ahad |
27 | Seksyen U16 | Taman Bukit Subang | Rabu |
28 | Seksyen U19 | Kg. Paya Jaras Tengah | Selasa, Khamis & Sabtu |
29 | Seksyen U20 | Jalan Perusahaan 1/A | Isnin |
30 | Seksyen U20 | Jalan Perusahaan 1/A | Isnin |
Pasar Tani
Bil | Kawasan | Lokasi Tapak | Hari Operasi |
---|---|---|---|
1 | Seksyen 13 | Tempat Letak Kereta Stadium Shah Alam | Ahad |
2 | Seksyen 13 | Tepat Letak Kereta Stadium Shah Alam | Rabu |
3 | Seksyen 17 | Tempat Letak Kereta Jalan Malung 17/19 | Sabtu |
4 | Seksyen 30 | Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kebun | Sabtu |
5 | Seksyen 31 | Jalan Anggerik Vanilla N 31/N | Rabu/ Sabtu |
6 | Seksyen U6 | Dataran Pasar Tani, Kg. Melayu Subang | Ahad |
7 | Seksyen U12 | Tempat Letak Kereta Bukit Cherakah | Sabtu |
Soalan Lazim
- Apakah syarat utama untuk memohon lesen penjaja?
- Berapakah jumlah bayaran atau fi lesen yang dikenakan?
- Adakah denda dikenakan sekiranya lesen perniagaan diperbaharui selepas tamat tempoh?
- Adakah lesen perniagaan dikeluarkan kepada warga asing dan bolehkah warga asing diambil bekerja sebagai pembantu gerai?
- Berapakah bilangan lesen penjaja yang boleh dikeluarkan kepada seorang pelesen?
- Adakah keperluan tambahan bagi penjaja yang menjual makanan?
- Bolehkah pemilik menyewa atau memajak lokasi / tapak / petak kepada orang lain?
- Apakah tindakan yang diambil jika berlaku pelanggaran syarat lesen penjaja?
- Mengapa tindakan pembatalan lesen diambil?
- Cara memohon
- Garis Panduan
- Syarat Memohon
- Kaedah Permohonan Lesen Penjaja
- Berapa lamakah permohonan lesen akan diproses?
- Apakah syarat utama untuk memohon lesen penjaja?
- Berapakah jumlah bayaran atau fi lesen yang dikenakan?
- Adakah lesen perniagaan dikeluarkan kepada warga asing dan bolehkah warga asing diambil bekerja sebagai pembantu gerai?
- Bagaimana untuk memohon sewa dan lesen meniaga dalam unit gerai / pasar / kiosk MBSA?
- Berapakah bilangan lesen penjaja yang boleh dikeluarkan kepada seorang pelesen?
Hakcipta 2022 @ Majlis Bandaraya Shah Alam