Kandungan
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun sahaja yang layak dipertimbangkan.
- Proses kelulusan tapak adalah bergantung kepada kekosongan petak/ laporan teknikal.
- Keutamaan akan diberi kepada warga Shah Alam.
- Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.
- Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Kawatankuasa Mengkaji & Memproses Permohonan Lesen pada setiap bulan.
- Permohonan dianggap gagal sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa jawapan daripada Majlis selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.
- Bagi permohonan penjaja sementara dan penjaja statik bermotor, lokasi yang tidak dibenarkan adalah di simpang jalan, tempat letak kereta, jalan persiaran, hadapan sekolah, jalan utama dan lorong belakang.
- Jenis jualan yang dibenarkan bagi permohonan tapak penjaja sementara dan penjaja statik bermotor adalah makanan dan minuman yang berbungkus sahaja.
- Jenis jualan yang TIDAK DIBENARKAN bagi tapak penjaja sementara dan penjaja statik bermotor adalah makanan bergoreng, air tebu/kelapa, makanan berbakar, ayam/kambing/itik golek dan nasi campur.
- Pemohon yang mempunyai tunggakan kmpaun/tidak menjelaskan bayaran cukai pintu tidak akan dipertimbangkan.