Kaedah Permohonan Lesen Penjaja

Pemohon perlu mengisi Borang Usahawan Kecil (Penjaja) secara atas talian melaluiĀ www.ePenjaja.mbsa.gov.myPenerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MBSA telah dinyatakan secara jelas sebelum pemohon mengemukakan borang permohonan lesen. Permohonan yang menepati kehendak dan garis panduan MBSA akan diterima setelah menjelaskan bayaran proses dan slip penerimaan permohonan akan dikeluarkan untuk rujukan. Keputusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).