Apakah syarat utama untuk memohon lesen penjaja?

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun sahaja yang layak dipertimbangkan.
  • Proses kelulusan tapak adalah bergantung kepada kekosongan petak/ laporan teknikal.​​
  • Keutamaan akan diberi kepada warga Shah Alam.
  • ​Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.
  • Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji & Memproses Permohonan Lesen pada setiap bulan.​
  • Pemohon yang mempunyai tunggakan kompaun / tidak menjelaskan bayaran cukai pintu tidak akan dipertimbangkan.