SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PERMIT BAZAR RAMADHAN
2023
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ATAS TALIAN yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja.
- Warganegara Malaysia.
- Keutamaan kepada penduduk Shah Alam.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu borang permohonan.
- Tidak mempunyai sebarang tunggakan dengan pihak Majlis.
- Pemohon telah mendapat suntikan TY2 bagi permohonan yang dibuat dan surat suntikan TY2 asal hendaklah dimuatnaik melalui Sistem ePenjaja.
- Suntikan TY2 boleh diperolehi di mana-mana klinik swasta atau kerajaan dan mesti sah untuk digunakan semasa bulan Ramadhan 2023.
- Salinan asal kad pengenalan pemohon depan dan belakang.
- Pemohon dan pembantu diwajibkan hadir pada hari Penyerahan Permit Bazar Ramadhan seperti yang dijadualkan.
SYARAT BAGI PEMBANTU
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ATAS TALIAN yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja.
- Setiap pemohon diwajibkan mendaftarkan seorang pembantu.
- Pembantu mestilah warganegara Malaysia sahaja.
- Pembantu bukan warganegara Malaysia adalah tidak dibenarkan walaupun mempunyai hubungan suami/isteri kepada pemohon.
- Berumur 18 tahun keatas.
- Pembantu mesti mempunyai suntikan TY2 dan salinan asal suntikan hendaklah dimuatnaik melalui Sistem ePenjaja.
- Suntikan TY2 boleh diperolehi di mana-mana klinik swasta atau kerajaan dan mesti sah untuk digunakan semasa bulan Ramadhan 2023.
- Tidak mempunyai sebarang tunggakan dengan pihak Majlis.
- Pembantu diwajibkan hadir pada hari Penyerahan Permit Bazar Ramadhan seperti yang dijadualkan.
SYARAT JUALAN
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ATAS TALIAN yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja.
- Makanan dan minuman untuk juadah berbuka puasa sahaja.
- Pemohon yang gagal membuat bayaran proses RM 10 dalam masa 48 jam dari waktu permohonan dibuat akan DIBATALKAN..
- Penggunaan `polisterine’ adalah tidak dibenarkan, hanya pembungkusan/produk teknologi hijau dibenarkan.
- Permit akan dibatalkan sekiranya peniaga didapati tidak menjalankan perniagaan di tapak selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang notis.
- Penggunaan alas (kanvas) adalah diwajibkan bagi jenis jualan berbakar/ bergoreng, air Kelapa/ `coconut shake’/ tebu dan ayam/ kambing golek
SPESIFIKASI FOTO PERMIT BAZAR RAMADHAN UNTUK PEMOHON DAN PEMBANTU
Warna latar
Latar belakang foto MESTI berwarna biru/putih sahaja tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
Warna Pakaian
Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
Pemohon Perempuan
Bagi pemohon perempuan hendaklah memakai tudung kepala atau hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
Contoh
Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut

Permohonan yang tidak menepati spesifikasi & syarat tidak akan diproses dan akan menyebabkan kelewatan
KADAR BAYARAN
- Setiap permohonan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10.00 .
- Pemohon diwajibkan membeli apron dan topi untuk pembantu dengan kadar bayaran RM20.00.
- Pemohon diwajibkan mendaftarkan sekurang-kurangnya SEORANG PEMBANTU dan diwajibkan mengambil suntikan TY2.
- Denda caj penalti 25% akan dikenakan daripada jumlah cagaran dan akan ditolak untuk setiap satu kesalahan/ pelanggaran syarat yang dikenalpasti telah dilakukan.
Kadar bayaran Bazar Ramadhan dan cagaran yang perlu dijelaskan oleh pemohon :
Bil |
Kos Yang Terlibat | Jenis Jualan | |||||
Makanan / Minuman | Makanan (Bergoreng) | *Air Kelapa / ‘Coconut Shake’ / Tebu | *Jualan Berbakar | *Ayam / Kambing Golek | Swasta / Persatuan | ||
1 | Sewa Tapak | RM 30.00 | RM 30.00 | RM 30.00 | RM 30.00 | RM 90.00 | – |
2 | Kutipan Sampah | RM 60.00 | RM 90.00 | RM 90.00 | RM 90.00 | RM 90.00 | – |
3 | Permit | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 |
4 | Bayaran Khemah | RM 200.00 | RM 200.00 | RM 200.00 | RM 200.00 | RM 200.00 | RM 200.00 |
5 | Kursus (pemohon & pembantu) | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 |
6 | Apron & Topi | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 | RM 20.00 |
7 | Plastik Sampah | RM 10.00 | RM 10.00 | RM 10.00 | RM 10.00 | RM 10.00 | RM 10.00 |
Jumlah Keseluruhan Bayaran Permit Mengikut Jenis Jualan | RM 400.00 | RM 430.00 | RM 430.00 | RM 430.00 | RM 490.00 | RM 310.00 | |
Bayaran Cagaran | – | – | RM 200.00 | RM 200.00 | RM 200.00 | – | |
Jumlah Bayaran Keseluruhan | RM 400.00 | RM 430.00 | RM 630.00 | RM 630.00 | RM 690.00 | RM 310.00 | |
*Jenis Jualan adalah tertakluk kepada plihan didalam Sistem ePenjaja. *Jenis Jualan Air Proses/Berbakar/Berpanggang dikenakan Cagaran Ramadhan RM 200.00. Bil cagaran akan dikeluarkan secara berasingan. |
TARIKH PENDAFTARAN PERMIT BAZAR RAMADHAN SECARA ATAS TALIAN
Permohonan secara atas talian akan ditutup dalam masa
- 00Hari
- 00Jam
- 00Minit
- Bermula jam 12.00 pagi 19 Dec 2022 (Isnin) sehingga jam 5:00 petang 15 Jan 2023 (Ahad)
- Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja semasa pendaftaran.
- Nombor lot petak akan ditentukan oleh pihak Majlis.
- Pihak Majlis berhak menutup permohonan lebih awal sekiranya tapak telah penuh.
TAKLIMAT & PENYERAHAN PERMIT BAZAR RAMADHAN 2023
6 - 9 Mac 2023
Auditorium, Wisma MBSA, Seksyen 14, Shah Alam
- Pemohon dan pembantu adalah DIWAJIBKAN hadir pada tarikh & waktu yang telah ditetapkan.
- Berpakaian sopan dan menutup aurat.
- Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN hadir.
- Bayaran sebanyak RM 60.00 bagi kursus pengendalian makanan Bazar Ramadhan.
- Permit akan DIBATALKAN sekiranya gagal hadir taklimat & penyerahan pada tarikh & waktu yang telah ditetapkan.